Monday, April 10, 2017

Lima Cara Kekal Fokus

Salam dari Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan,


Peperiksaan semakin hampir. Mood aku nak belajar kejap naik kejap turun macam roller coaster. Tetapi sebagai pelajar matrikulasi dua tahun, aku kena 'ajar' diri aku untuk lebih fokus dan berdisiplin. Masa 'lebih' yang aku habiskan di KMNS haruslah berbaloi. Aku nak pada bulan September 2018, berebut-rebut universiti awam offer course pilihan pertama kepada aku. πŸ˜€
Meh sini aku share lima cara bagaimana aku kekal fokus.

Check it out!

1.πŸ€– NIAT
dalam semua benda... perkara yang perlu dilakukan adalah menetapkan niat sebelum buat apa-apa kerja. setiap perlakuan itu mesti didahulukan dengan niat supaya kau ada hala tuju pada waktu itu. niat pulak mestilah niat yang suci murni lagi terpuji. jangan buat benda bukan-bukan. bila dah niat baru mudah urusan kau nak buat sesuatu.

2. ⏱ MASA & KUALITI
masa itu emas- ungkapan yang selalu kau guna dalam karangan Bahasa Malaysia tapi malangnya cikgu kau cakap ungkapan itu tak boleh guna sebagai ungkapan menarik dalam karangan.

time management & quality of time adalah perkara yang penting dalam nak kekal fokus. membuat kerja dalam masa yang optimum dan hasil kerja yang gempak ada cara untuk maintain fokus kerana jika kita buat kerja dalam masa yang optimum dan hasilnya berkualiti, maka masa takkan dibazirkan untuk membuat sebarang pembetulan.

tapi kalau banyak masa dihabiskan untuk membuat satu perkerjaan itu dinamakan membazir. sebab dah membazir kudrat dan masa. tu tak masuk lagi nak buat proffread segala.
makanya, jagalah kedua-dua perkara di atas.

3. FIRST THING FIRST
dahulukan perkara yang paling utama. kalau kita ada dua kerja, utamakan mana yang perlu diselesaikan dengan segera.
kalau boleh senaraikan apa yang kau perlu buat dulu. make a list dan letaklah dateline pada setiap perkara. perkara ini juga akan bantu kau untuk motivatekan diri supaya senantiasa rajinkan diri yang sedia pemalas.
semakin pendek list-to-do, semakin semangat kau nak habiskan segala kerja.

4. JADUAL BELAJAR
walaupun perkara di atas tu dah macam biasa dengar masa zaman-zaman sekolah, tapi benda ini perlu.

tapi jadual belajar mestilah efisien dan bertepatan dengan kemampuan kau.

jangan buat jadual belajar macam jadual kelas. susun strategi. contoh; tetapkan satu tarikh untuk kau habiskan satu chapter.
 
situasi; exam pada bulan Mei
             waktu sekarang ; bulan March
            tarikh untuk revise math : 17.4 - 22.4
jadi gunakanlah masa yang dirancang sebaiknya untuk study. barulah produktif.

5. KONSEP USAHA, DOA TAWAKAL

  • selagi ada waktu, berusahalah!
  • doa secara spesifik pada Allah supaya kau kekal fokus dalam apa jua keadaan, mintak sekali doa mak ayah dan para guru. mintak kesihatan yang baik supaya fokus kau dalam kelas etc adalah 100%
  • tawakal dalam segala keputusan selepas berusaha


No comments:

Post a Comment

yehet?